Photobucket

Thursday, January 27, 2011

Untuk Kita Muslimah

Haram mendiami masjid bagi perempuan yang haid, , adapun jika menghulurkan tangan atau mencapai sesuatu di dalamnya maka diharuskan. Sabda Rasulullah saw :



عن القاسم بن محمد, عن عائشة, قالت : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم, ناوليني الخمرة من المسجد, قالت : فقلت : إني حائض, فقال :" إن حيضتك ليست في يدك".
رواه مسلم
Daripada Kasim bin muhammad: kata Aisyah : telah berkata bagi aku oleh Rasulullah saw, supaya aku hulurkan tikar sembahyang (Rasululah sedang beriktikaf di dalam masjid), daripada masjid, aku berkata: sesungguhnya aku perempun yang haid, Rasulullah saw bersabda : sesungguhnya haid engkau itu bukan pada tangan engkau.

Daripada kosim bin Muhammad berkata: kata aisyah rd, telah bersabda Rasulullah saw, hulurkan kpdku,( pada masa itu Nabi sedang beriktikaf di dalam masjid), sabda Nabi: ya Aisyah, berikan dan hulurkan kepadaku tikar sembahyang, kata Aisyah: ya Rasulullah bahawa aku haid, maka aku tahu perempuan haid itu haram masuk masjid, maka bagaimana aku hendak menghulurkan tikar sembahyang kepada engkau (kata Aisyah dari dalam bilik rumahnya) ,maka Rasulullah bersabda: bahawa haid itu bukan pada tangan engkau, maka apa salahnya jika engkau meghulurkan tangan kedalam masjid, kerana ia tidak mengapa, tetapi haram jika masuk sekali dengan badan engkau ke dalam masjid .

Sabda Rasulullah saw:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم



{ لا أحل المسجد لحإض ولا لجنب}
(رواه ابو داود,قال ابن القطان انه حسن)

(Tiada dihalalkan masjid itu bagi orang yang haid dan tiada juga bagi yang junub ).

Diantara perkara yang haram bagi perempuan yang haid iaitu mendiami atau berada di dalam masjid, walaupun tidak takut menitik darah sekalipun. Adapun lalu didalamnya, maka jika tidak takut menitik darah maka hukumnya tidak haram tetapi makruh. 
Berbeza perempuan yang istihadah, jika yakin tidak menitik darah sehingga tidak mengotori masjid maka dibolehkan berada didalamnya, adapun jika bimbang menitik darah itu, maka hukumnya adalah haram.
Sebab LARANGAN kpd perempuan yang haid memasuki masjid kerana umumnya masjid adalah tempat suci bagi orang islam, oleh sebab menjaga kesuciannya, maka syara’ mengaramkan beberapa golongan daripada memasuki masjid, diantaranya ialah haid, nifas dan junub. Kerana orang yang berhadas sama sekali dilarang memasuki masjid apatah lagi mendiaminya, firman Allah swt :



{لا تقرب الصلاة وأنتم سكرى حتى تعلموا ما تقولون ولا جنبا}
Wahai orang yang beriman Janganlah kamu menghampiri solat (mengerjakan) sedang kamu dalam keadaan mabuk, gingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakana. Dan janganlah pula (menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar)

Tempat2 yang beleh dikunjungi oleh perempuan yang haid ialah seperti berikut: (dengan yakin tidak mengotori tempat itu, jika tidak!. Maka hukumnya tetap HARAM)
• Sekolah
• Pondok2 kecil bagi ahli perjalanan
• Surau

Dalam perbahasan mengenai hukum perempuan yang haid mendiami atau malintasi masjid ini, pada koul mu’tamat alim ulama’ adalah haram, 
Ramai dari kalangan ulama’-ulama’ yang mashur telah menukilkan didalam kitabkitab mereka mengenai hukum perempuan haid dilarang memasuki masjid dan mendiaminya (berhenti) ,antara mereka ialah.

ABI YAHYA ZAKARI AL-ANSARI - Fathul Wahhab syarah minhaj al-tullab:-


"(وحرم به) أى بالحيض (و بنفاس ما حرم بجنابة) من صلاة وغيرها (وعبور مسجد)" 
(Dan haram dengannya) iaitu haid (dan nifas oleh barang yang haram dengan janabah) daripada sembahyang dan lainnya (dan melintasi masjid).

SYEIKH SULAIMAN AL-BAIJURI - baijuri alal khatib:



"قال ابن عباس وغيره : أى لا تقربوا موضع الصلاة لانه ليس فيها عبور سبيل بل في مواضعها وهو المسجد"
Berkata ibnu abbas dan lain-lain, jangan menghapiri sekalian kamu akan tempat sembahyang, kerana bahawasanya ia bukan jalan untuk melintasi, bahkan pada tempatnya iaitu masjid.

SYEIKH MUHAMMAD NOR BIN ISMAIL – kifayatul muhtadi:
“dan wajib meninggalkan (berhenti didalam masjid) sama ada buminya dan jidarnya dan demikian lagi pergi datang di dalamnya, dan tiada mengapa lalunya daripada satu pintunya dan keluarnya daripada satu pintu yang lain, itu pun selama tiada takut titik darah padanya, maka jika takut bertitik haram lalunya.

SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH BIN IDRIS AL-FATANI – Bugyah at-Tullab
Bermula haram sebab haid perempuan dan nifas itu barang haram sebab janabah, daripada sembahyang dan tawaf dan sujud tilawah dan sujud syukur dan menyentuh mashaf dan berhenti di dalam masjid dan membaca al-quran dengan qasat al-quran, dan lebih atas lima perkara iaitu lalu ddalam masjid.


Dewasa usia ini ramai dari kalangan umat islam yang memandang rengan pada masalah ini, ada yang beranggapan “boleh masuk masjid sekiranya tidak menitik” dengan bersumber kepada hadis Aisyah, bahawa Aisyah mendiami masjid ketika haid, persoalan ini telah dijawab oleh ulama’, bahawa ketika itu bukan darah haid tetapi istihadah.

No comments:

Post a Comment