Photobucket

Friday, January 14, 2011

Memilih Sahabat-Penting

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; 

-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; 

-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; 
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; 
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu    
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; 
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; 
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; 
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; 
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; 
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan; 
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; 
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Oleh itu, beringat-ingatlah kita apabila berkawan..berkawan dengan seorang pencuri, jadi pencuri lah kita, berkawan dengan seorang da'i, insyaallah jdilah kita seorang penda'i...

No comments:

Post a Comment